MARSHALL Stanmore mudah dipasang pada platform iOS atau Android.
MARSHALL Stanmore mudah dipasang pada platform iOS atau Android.
Afiq Hanif


Lebih daripada sekadar ‘wajah’ yang cantik, pembesar suara Marshall Stanmore mempunyai nilai estetik vintaj yang sangat menyenangkan mata melihatnya.

Apatah lagi, rekaan dengan ciri sambungan Bluetooth dengan menawarkan input 3.5mm di bahagian atas, kedua-dua input RCA dan optik digital di belakang yang membolehkan sambungan mudah ke pelbagai sumber dan TV.

Selain itu, di belakang juga mempunyai port bass dan suis penjimat tenaga.

Dengan suis penjimat tenaga itu, terlibat, pembesar suara ini perlu dioperasikan secara manual dengan kunci ‘wake’ jika ia tidak aktif selama 20 minit.

Di sebalik skrin pembesar suara depan Stanmore ini terdapat pemacu tweeters 3/4 inci yang diapit woofer 5 Ω.

Memasang dan memadankan telefon dengan pembesar suara ini menggunakan bluetooth sangat mudah dan mengambil masa lama.

Seperti mana-mana pembesar suara yang menggunakan sambungan bluetooth, peranti Marshall Stanmore mudah dipasang pada mana-mana platform iOS atau Android.

Pelbagai genre muzik yang dipasang menghasilkan runut bunyi yang baik dan sedap di halwa telinga penguji.

Vokal penyanyi juga jelas dan audio yang datang dari alat muzik pun padu seperti tali gitar dan piano.

Ia sekali gus menarik perhatian jika anda mendengar muzik secara langsung sekali pun.

Penguji mencuba konsert dalam YouTube Live dan menjadikannya seakan berada di konsert itu sendiri.

Keseimbangan vokal dan muzik memang menarik perhatian kerana jarang berlaku pembesar suara bluetooth mempunyai kedua-duanya secara baik.

Dengan harga RM2,299 ia memang berbaloi.

Pengguna yang mahu mendapatkannya boleh membeli di kedai Radioshack tertentu saja di pusat beli-belah Mid Valley, Berjaya Times Square, Bangsar Shopping Centre atau Sunway Pyramid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 12:23 PM