PHILIPS BT1300.
PHILIPS BT1300.
Oleh Afiq Hanif


Woox Innovations memperkenalkan pembesar suara Philips BT1300 ke pasaran Malaysia yang mempunyai bunyi kuat meskipun bersaiz kompak.

Pembesar suara yang bergaya dan mudah alih terbabit lengkap dengan sambungan Bluetooth yang membolehkan aktiviti seperti stream audio dapat dilaksanakan.

Malah, baterinya juga mampu bertahan sehingga lapan jam dan boleh dicas semula membolehkan anda menikmati audio dari peranti mudah alih anda di mana-mana saja baik untuk muzik mahupun video atau permainan. Prestasi audio canggih boleh diperoleh di dalam pakej yang begitu kecil ini kerana sudut pembesar suara membolehkan lontaran bunyi yang lebih jauh menerusi reka bentuk yang kompak.

Pendek kata, anda perlu mendengar sendiri kualiti bunyi yang dihasilkan oleh gajet kecil ini untuk mempercayainya. Fungsi ‘anti-clipping’ memastikan penghasilan muzik yang kuat dan bebas gangguan walaupun ketika bateri lemah.

Mikrofon yang siap terbina pula membolehkan anda membuat panggilan telefon bebas tangan ketika menggunakan telefon pintar.

Ketika ia beroperasi, muzik akan dihentikan seketika secara automatik dan disambung semula selepas anda selesai membuat panggilan. Fungsi ‘audio-in’ memudahkan penyambungan ke hampir semua peranti elektronik Bluetooth tanpa perlu mengalami masalah sambungan seperti pembesar suara lain. Melengkapkan lagi kecanggihan dan ciri mudah alih pembesar suara ini adalah tali pemegang tahan lasak yang dijahit halus.

Malah, ia mempunyai sarung silikon pelbagai warna yang kukuh dan mampu melindunginya daripada calar, haus dan lusuh.

Sudah pasti, ia direka bagi melengkapi gaya hidup ‘urban nomad’ yang sentiasa bergerak dan inginkan pengalaman audio yang lebih baik tanpa bebanan gajet yang berat. Pembesar suara Philips BT1300 dijual pada harga RM149 dan terdapat dalam empat warna iaitu hitam, hijau, merah dan biru.

INFO

- Pengeluar: Philips

- Pertanyaan: Woox Innovations

- Harga: RM149

- Ciri: Tanpa wayar

- Pro: Ringan

- Kontra: Bunyi bass kurang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 12:08 PM