AMAZON Echo dilengkapi Alexa.
AMAZON Echo dilengkapi Alexa.
Oleh Afiq Hanif


Sebuah kotak kecil berbentuk bulat mungkin nampak biasa tetapi Amazon Echo yang dikeluarkan Amazon memiliki Alexa sebagai operasi suara juga membolehkan perkakasan memperoleh keupayaan tambahan seperti strim muzik atau menutup dan membuka suis lampu secara pintar.

Potensi kawalan suara terbabit jelas timbul apabila bertambahnya aplikasi telefon pintar yang boleh berinteraksi dengan perkakasan lain.

Dengan sedikit program pengaturcaraan yang ringkas, Alexa dengan Echo mampu mengunci pintu rumah tanpa anda menyentuh selak kunci atau memaklumkan kepada anda apabila basuhan pakaian dalam mesin basuh tamat tempoh.

SPESIFIKASI:

AMAZON ECHO

Harga: RM1,567

Boleh didapati di: 11street

Protokol Data Link: Bluetooth, IEEE 802.11a, IEEE 802.11b, IEEE 802.11g, IEEE 802.11n

Protokol tanpa wayar: 802.11a/b/g/n,

Bluetooth

Dimensi: 9 x 9 x 24sm

Berat: 1.38kg

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 6:49 AM