ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Jalan Kampung Ketiau, Putatan. FOTO Mohd Adam Arinin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Jalan Kampung Ketiau, Putatan. FOTO Mohd Adam Arinin
Mohd Ruzaini Zulkepli

Putatan: Kira-kira 30 penghuni terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman jenis dua tingkat dan 11 blok bangunan rumah sewa dihuni mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Ketiau, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan tiga kenderaan turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Hamsa Isnurdinu ketika dihubungi berkata, bomba menerima panggilan pada 12.18 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi memadam kebakaran.

"Enam jentera dengan kekuatan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu digegaskan ke lokasi ini sebaik menerima panggilan daripada orang awam.

"Api dikawal daripada terus merebak ke kawasan berdekatan pada 1.30 tengah hari dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 2:43 PM