Oleh Junaidi Ladjana

Email:

Putatan: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tersandar di kerusi pemandu kereta dengan kesan darah di kepala dipercayai dibunuh di kawasan letak kereta di Taman Ketiau, dekat sini, pagi tadi.

Mayat mangsa, Asmi Mahmud, 30, ditemui oleh beberapa penghuni di kawasan berkenaan yang curiga apabila mendapati mangsa tidak bergerak di dalam kereta itu walaupun cuba mengetuk cermin pintu kereta berkenaan pada 9 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Asisten Superintendan Rony Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki di dalam kereta di kawasan parkir di Taman Ketiau, dekat sini.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan polis sehingga laporan bedah siasat diperolehi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:59 PM