MARQUEZ julang trofi.
MARQUEZ julang trofi.
AFP

Sachsenring, Jerman: Marc Marquez dari Sepanyol mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu kejuaraan MotoGP selepas penunggang Honda itu bangkit daripada permulaan lembap dari petak pertama untuk menjuarai Grand Prix Jerman, semalam.

Kedua dalam keadaan sukar di Litar Sachsenring, yang dibanjiri hujan hampir sepanjang hari adalah pelumba Britain Cal Crutchlow manakala ketiga Andrea Dovizioso dari Itali.

Ia hari yang mengecewakan buat pencabar Marquez apabila juara bertahan Jorge Lorenzo, sekadar menduduki tangga ke-15 dengan hanya mengutip satu mata manakala Valentino Rossi di tangga kelapan.

Marquez, yang meraikan kemenangannya selepas perlumbaan hampir menggandakan penguasaannya ke atas Lorenzo apabila dia berjaya menakluk gelaran ketiganya.

Dia mengumpul 170 mata keseluruhan, manakala rakan senegaranya dari Sepanyol jauh ketinggalan di tangga kedua dengan 122 mata.

Legenda Itali, Rossi di tangga ketiga dengan 111 mata selepas separuh musim perlumbaan berlangsung.

Marquez yang menjulang gelaran ketujuh di Sachsenring, mempertaruhkan kecekapan tayarnya yang ternyata berbaloi sehingga akhir perlumbaan.

Dia gagal menyaingi kepantasan pendahulu perlumbaan ketika perlumbaan bermula dalam cuaca lembap dan berdepan kesukaran untuk menduduki tengga kelima.

Dia terbabas pada selekoh kelapan dan masih mampu meneruskan perlumbaan dan pada pusingan ke-17 dia masuk ke litar untuk menukar tayar kering dan percaturan itu membantunya untuk menang perlumbaan.

Sewaktu litar semakin mengering, catatan pusingannya meningkat empat saat lebih pantas berbanding tayar basah dan dengan baki enam pusingan, Marquez merampas kedudukan pendahulu sebelum memecut jauh meninggal pesaingnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 8:43 AM