ROSBERG dikenakan penalti 10 saat selepas melanggar peraturan.
ROSBERG dikenakan penalti 10 saat selepas melanggar peraturan.

Silverstone, England: Nico Rosberg kini hanya mendahului rakan sepasukan Mercedes Lewis Hamilton dengan satu mata dalam kejuaraan Formula Satu apabila pelumba Jerman itu diturunkan dari tangga kedua ke tangga ketiga pada Grand Prix Britain kelmarin.

Pegawai perlumbaan mengenakan penalti 10 saat kerana menerima bantuan daripada pasukan menerusi radio, melanggar peraturan perlumbaan yang menyatakan bahawa pemandu mesti memandu kereta bersendirian tanpa bantuan.

“Elak gear ketujuh,” Mercedes memberitahu Rosberg.

Rosberg menamatkan perlumbaan yang dijuarai Hamilton buat tahun ketiga berturut-turut, 1.3 saat mendahului pelumba remaja Red Bull dari Belanda Max Verstappen.

Dia memberitahu wartawan bahawa kotak gear akan mengalami kegagalan tanpa arahan itu.

Berbaki 11 pusingan, Rosberg meraih empat kemenangan berturut-turut pada awal musim manakala Hamilton memenangi empat daripada lima perlumbaan terakhir.

Mercedes memberitahu Rosberg supaya mengelak menggunakan gear ketujuh pada lima pusingan terakhir selepas dia mengalami masalah, menegaskan selepas perlumbaan itu bahawa peraturan membenarkan nasihat seperti itu sekiranya kegagalan tidak dapat dielakkan.

Pengurus pasukan Toto Wolff membacakan bahagian perturan mengenai ‘bantuan pemandu’, menjelaskan bahawa senarai mesej dibenarkan termasuk ‘tanda masalah kritikal terhadap kenderaan’.

“Itu adalah asas keputusan kami,” katanya biarpun pesaing mempersoalkan interpretasinya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 9:30 AM