Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Sebuah lori tiga tan sarat muatan beras untuk edaran ke peruncit sekitar negeri ini terbalik menyebabkan sebahagian beras dalam beg plastik pecah dan bertaburan di atas jalan di Taman Tun Rahah, Bukit Katil, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, difahamkan lori terbabit dari Batu Berendam, sudah menghantar beras ke empat peruncit di Melaka Baru dan Ayer Keroh sebelum ke lokasi kelima di tempat kejadian.

Menurut saksi, Muhammad Syakir Sulaiman, 26, lori terbabit sudah diletak di hadapan kedai runcit apabila lori itu menggelongsor berundur.

Namun, pemandu yang tidak sempat turun dari lori terbabit dapat mengawal lorinya daripada melanggar kenderaan lain dan orang awam sebelum ia terbalik di persimpangan masuk ke taman perumahan terbabit.

Difahamkan, pemandu dan kelindan lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 3:36 PM
LORI sarat muatan beras terbalik. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
LORI sarat muatan beras terbalik. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan