Bot nelayan tempat rakyat Indonesia bekerja. - Foto MOHD RUZAINI ZULKEPLI
Bot nelayan tempat rakyat Indonesia bekerja. - Foto MOHD RUZAINI ZULKEPLI
Empat rakyat Indonesia yang dibebaskan penculik. - Foto MOHD RUZAINI ZULKEPLI
Empat rakyat Indonesia yang dibebaskan penculik. - Foto MOHD RUZAINI ZULKEPLI
Ardyhansah Amat

Lahad Datu: Polis mengesahkan tiga rakyat Indonesia diculik di perairan Lahad Datu, berhampiran Kampung Sinakut, di sini, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, dalam kejadian 11.40 malam itu, Lorens Koten, 34, Teo Dores Kopong, 40, dan Emanuel, 46, diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot laju.

"Suspek kemudian melarikan mangsa culik melepasi sempadan antarabangsa.

"Empat lagi rakan sekerja mangsa dilepaskan dan mereka membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.

Tambah Abdul Rashid, menurut saksi (rakan sekerja mangsa yang dibebaskan) suspek menggunakan senjata api dipercayai raifal M14, M4, dan M16.

"Setakat ini kami masih belum menerima sebarang perhubungan dengan pihak terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 5:19 PM