Abdul Fatah menunjukkan gambar tiga warga Indonesia yang diculik di perairan Kampung Sinakut, Lahad Datu, Sabtu lalu. - Foto NORASIKIN DAINEH
Abdul Fatah menunjukkan gambar tiga warga Indonesia yang diculik di perairan Kampung Sinakut, Lahad Datu, Sabtu lalu. - Foto NORASIKIN DAINEH
Norasikin Daineh


Tawau: Majikan tiga warga Indonesia yang diculik kumpulan bersenjata Filipina Sabtu lalu, mengesahkan sudah dihubungi mangsa memaklumkan mereka diculik untuk wang tebusan.

Ketua Perwakilan Republik Indonesia Tawau Abdul Fatah Zainal berkata pihaknya mendapat maklumat itu daripada majikan mangsa tidak sampai 24 jam selepas penculikan.

“Majikan mengesahkan pekerjanya diculik untuk wang tebusan selepas dihubungi mangsa sendiri menggunakan nombor telefon dari Filipina,” katanya pada sidang media di Pejabat Konsulat Republik Indonesia di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Abdul Fatah berkata, sehingga kini belum ada perkembangan lain termasuk keadaan ketiga-tiga mangsa culik itu serta nilai wang tebusan yang dituntut.

Dalam kejadian 11.40 malam Sabtu lalu, tiga warga Indonesia, lorens Koten, 34, Teo Dores Kopong, 40, dan Emanuel, 46, diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki bot laju di perairan Kampung Sinakut, Lahad Datu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 6:03 PM