BOT nelayan dipercayai dipintas sekumpulan lelaki bersenjata sebelum tiga lelaki warga Indonesia dilarikan. FOTO arkib NSTP
BOT nelayan dipercayai dipintas sekumpulan lelaki bersenjata sebelum tiga lelaki warga Indonesia dilarikan. FOTO arkib NSTP
Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Polis Sabah masih menyiasat penculik yang melarikan tiga nelayan warga Indonesia di perairan Kampung Sinakut, Lahad Datu, kelmarin, termasuk melalui lakaran wajah suspek berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada perkembangan mengenai suspek dan polis kini giat mengenal pasti semua penculik yang terbabit dalam kes culik itu.

"Kita masih menyiasat penculik berkenaan termasuk melalui lakaran wajah suspek," katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 11.40 malam itu, tiga mangsa warga Indonesia iaitu Lorens Koten, 34, Teo Dores Kopong, 40, dan Emanuel, 46, diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot laju.

Tiga daripada lima penculik yang melarikan tiga nelayan berkenaan berjaya dicam saksi yang juga rakan sekerja mangsa yang dibebaskan penculik terbabit.

Berita berkaitan:

Lagi rakyat Indonesia kena culik di Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 12:06 PM