Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun. FOTO Arkib NSTP
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun. FOTO Arkib NSTP
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Polis mengesahkan seorang mangsa culik yang dibebaskan adalah juragan kapal laut pukat jerut, yang dilarikan kumpulan penjenayah di perairan Pulau Gaya, Semporna, Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, mangsa Ruslan Nasir Sarapin, 39, berjaya tiba di Lahad Datu jam 7 pagi tadi.

"Ketika ini, Ruslan sedang memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

"Masih belum dapat dipastikan bagaimana mangsa dibebaskan dan ia masih dalam siasatan," katanya, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Ruslan dilarikan sekumpulan enam lelaki bersenjata ketika menangkap ikan bersama 26 anak kapal yang lain di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 1:40 PM