KAMBING panggang dengan sos kiwi.
KAMBING panggang dengan sos kiwi.
Siti Zarinah Sahib

Daging kambing adalah sejenis daging empuk yang memecah selera, apabila disajikan dengan cara yang betul. Sama ada dipanggang atau dimasak kari dan juga kurma.

Namun ramai juga yang tidak menggemarinya disebabkan bau yang terlalu kuat. Untuk mengelak masakan berbau daging harus dicuci bersih sehingga darah tidak kelihatan. Memanggang atau membakar adalah teknik terbaik menjadikan kambing hidangan enak dan lazat.

Menurut Cef Absar Abdul Rajak dari Hotel Bangi Putrajaya, untuk memanggang penggunaan bahan perapan dan tempoh masa daging diperap adalah sangat penting.

“Selepas semua bahan perap dikisar pastikan daging diperap selama satu jam bagi membolehkan bahan sebati dengan daging,” katanya.

Memberikan sedikit kelainan dalam menu dihasilkan, Cef Absar menunjukkan cara menyediakan kambing panggang dengan sos kiwi kepada pembaca Hati, Harian Metro.

Terdapat tiga bahan utama yang perlu disediakan iaitu sos untuk perapan, pastri dan juga hiasan sayur-sayuran.

“Hidangan sebegini memang terkenal di Barat, tetapi saya ubah suai sedikit menggunakan sos kiwi dengan rasa sedikit masam tetapi menghasilkan aroma yang lengkap apabila dipadukan dengan kambing yang sudah dipanggang. Kulit pastri pula memberikan kelainan bagi mereka yang tidak menggemari kambing panggang yang dimakan begitu saja,” katanya.

Bahan perapan

• 10 gram lada hitam

• 20 gram bawang putih

• 20 gram bawang merah

• 5 gram biji sawi

• 10 gram garam laut

• 5 gram serbuk cili

• 25 gram minyak Zaitun

• 80 gram kambing

Bahan inti pastri

• 10 gram lada hitam

• 15 gram bawang putih

• 20 gram bawang merah

• 5 gram garam laut

• 5 gram paprika

• 2 gram rosemary

• 25 gram minyak zaitun

• 60 gram daging kambing

• Pastri paf

• 1 biji telur, diambil kuningnya

Sayuran

• 10 gram zukini kuning

• 10 gram zukini hijau

• 10 gram bawang merah

• 10 gram bawang putih

• 10 gram cendawan shiitake

• 10 gram cendawan tiram

• 10 gram lobak merah

• 25 gram krim putar

• 15 gram mentega

• 5 gram garam

Sos kiwi

• 50 gram kiwi

• 25 gram perisa pudina

• 30 gram gula

• 30 gram air

Langkah-langkah

1. KISAR semua bahan perapan, gaul sekata pada daging dan perap selama 15 minit. Bakar di dalam ketuhar selama lapan minit pada suhu 175 darjah Celsius. Untuk inti pastri, kisar semua bahan (kecuali pastri paf dan telur). Gaul pada daging. Perap lagi 15 minit.

2. CINCANG kasar bahan sayuran. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sayur, krim, mentega dan garam.
2. CINCANG kasar bahan sayuran. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sayur, krim, mentega dan garam.

3. BALUT bahan sayur dengan pastri paf.
3. BALUT bahan sayur dengan pastri paf.

4. SAPUKAN telur kuning di atasnya supaya pastri melekat.
4. SAPUKAN telur kuning di atasnya supaya pastri melekat.

5. UNTUK sos pula kupas kiwi dan rebus sehingga empuk.
5. UNTUK sos pula kupas kiwi dan rebus sehingga empuk.

6. MASUKKAN gula dan sos pudina biarkan di atas api perlahan sehingga sos pekat.
6. MASUKKAN gula dan sos pudina biarkan di atas api perlahan sehingga sos pekat.

7. SEJUKKAN bahan kemudian kisar. Susun daging dan pastri dalam pinggan. Tuang sos dan hidang.
7. SEJUKKAN bahan kemudian kisar. Susun daging dan pastri dalam pinggan. Tuang sos dan hidang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Ogos 2018 @ 12:58 PM