KESAN batu-bata idaman daripada cat tekstur Travetino.
KESAN batu-bata idaman daripada cat tekstur Travetino.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Tata rias ruang kediaman menjelang musim perayaan sudah menjadi kemestian bagi mewujudkan suasana segar ketika menyambut kunjungan tetamu.

Kemasan dinding juga memainkan peranan penting, malah dapat memberi impak besar dalam menata rias rumah terutama jika anda tidak bercadang menukar hiasan dalaman baru.

Dengan teknologi terkini, kemasan dinding tampak lebih eksklusif dengan cat bertekstur yang menawarkan kelainan dan menyuntik elemen tiga dimensi.

Lebih menarik, anda dapat meluangkan masa bersama keluarga menghiasi dinding menggunakan cat bertekstur secara sendiri atau ‘Do-It-Yourself’.

Pelbagai pilihan cat tekstur rangkaian cat Momento daripada Nippon Paint Malaysia mencetuskan kreativiti dan mengubah ruang dalaman rumah daripada kelihatan biasa kepada hasil seni menawan.

1. Elegant

Bagi menonjolkan warna dinding supaya tampak mewah, gaya cat tekstur elegan memberi kemasan suram yang mewujudkan dimensi baru pada ruang kediaman. Cat elegan mudah dan ringkas diaplikasikan kerana ia boleh disapu terus pada sebarang permukaan yang sudah bercat.

2. Cloud and Frost

Ingin mengubah kediaman seperti kelihatan di awangan, cat tekstur Cloud mengubah dinding berwarna kepada penampilan yang bersinar dengan kesan separa mutiara eksklusif dan lapisan kilauan di atas cat berwarna sedia ada atau baru. Cat berkenaan mempunyai lapan warna dan empat tona keemasan. Cat jenis Frost pula menimbulkan suasana musim sejuk yang damai dengan tekstur kabut dengan kilauan emas atau mutiara. Aplikasinya semudah mengecat lapisan cat baru warna asas atau warna sedia ada dan mengilatkan peningkat imej (enhancer).

3. Velvet

Kemasan cat tekstur Velvet menjanjikan hasil tampak mewah dan bergaya selain memberi sentuhan peribadi pada gabungan warna yang memberi kesan kemasan baldu pada dinding. Kemasan cat berkenaan unik dengan ciri seperti karya artis Itali, memberi dinding sentuhan selicin sutera yang menerangi segenap ruang.

4. Rust Box

Jika ingin menimbulkan nostalgia lama, cat tekstur Rust Box memberi sentuhan rustik dan vintaj berkilau dengan campuran warna sepadan yang sempurna. Kemasannya juga berupaya mengubah persekitaran ruang tertentu serta mengembalikan memori indah dan kenangan masa lalu.

5. Travertino

Bagi yang berani dan menggemari kemasan dinding seakan bata dalam ruangan dalaman, cat tekstur Travetino dapat meniru permukaan batu-bata. Penggunaan cat berkenaan memberi kesan asli batu-bata tanpa menggunakan batu-bata sebenar dengan ciri lasak untuk persekitaran tropika, tahan kulat dan alga serta menutupi rekahan halus dengan kesan batu marmar.

Maklumat lanjut sila layari laman www.nipponmomento.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 5:04 AM