Allen pada sidang akhbar sebelum menentang Russia. FOTO AFP
Allen pada sidang akhbar sebelum menentang Russia. FOTO AFP
Reuters

Toulouse: Pemain tengah Wales Joe Allen berharap memori pahit mengalami kekalahan playoff Euro 2004 kepada Russia memberi inspirasi untuk ke peringkat 16 terakhir apabila bertembung lawan sama Kumpulan B Euro 2016, awal pagi esok.

Selepas menamatkan saingan tempat kedua di belakang Itali dalam kempen kumpulan kelayakan, Wales kecundang 1-0 kepada Russia dalam saingan timbal balik pada 2003 dan dinafikan tempat tahun berikutnya pada Kejohanan Eropah di Portugal.

"Ia begitu mengecewakan apabila ia sudah terlalu hampir. Ia sesuatu kami perlu tanggung bersama dalam bola sepak Wales," kata Allen memberitahu dalam laman web kelabnya, Liverpool (www.liverpoolfc.com).

Pertembungan Wales menentang Russia di Toulouse menandakan penampilan pertama mereka pada kejohanan utama sejak 1958 dengan kemenangan 2-1 ke atas Slovakia pada 11 Jun sebelum kecundang 2-1 kepada England pada perlawanan kedua minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 4:20 PM