TELEFON pintar (dari kiri) Galaxy J1, J5 dan J7. FOTO Samsung
TELEFON pintar (dari kiri) Galaxy J1, J5 dan J7. FOTO Samsung
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Samsung melancarkan telefon pintar siri Galaxy J menerusi J1, J5 dan J7 yang mempunyai ciri unik menjimatkan data pengguna.

Galaxy J dilengkapi mod Ultra Data Saving (UDS) yang mampu memampatkan data secara efisien sekali gus menjimatkan penggunaan data sehingga 50 peratus.

UDS terbukti menjimatkan data sehingga 62 peratus ketika membuka laman sosial Instagram dan 46 peratus ketika menonton YouTube.

Ketiga-tiganya dibezakan dengan saiz skrin, pemprosesan, memori, keupayaan kamera dan kapasiti bateri.

Galaxy J1 mempunyai skrin 4.5 inci WXGA Super AMOLED yang dilengkapi pemprosesan 1.3GHz quad core di samping RAM 1GB serta storan 8GB.

Ia mempunyai kamera utama beresolusi 5MP dan 2MP bagi kamera depan yang beroperasi pada bateri berkapasiti 2050mAh.

Manakala Galaxy J5 mempunyai skrin 5.2 inci HD Super AMOLED yang dilengkapi pemprosesan 1.2GHz quad core di samping RAM 2GB serta storan 16GB.

J5 mempunyai kamera utama beresolusi 13MP dan 5MP bagi kamera depan yang beroperasi pada bateri berkapasiti 3100mAh.

J7 pula mempunyai skrin 5.5 inci HD Super AMOLED yang dilengkapi pemprosesan 1.6GHz octa core di samping RAM 2GB serta storan 16GB.

Telefon ini mempunyai kamera utama beresolusi 13MP dan 5MP bagi kamera depan yang beroperasi pada bateri berkapasiti 3300mAh.

Galaxy J1, J5 dan J7 masing-masing dijual pada harga RM449, RM849 dan RM1,049 dengan tiga warna pilihan iaitu hitam, putih atau emas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 7:02 PM