Ameng bersama isteri dan ahli keluarga sebelum berbuka. FOTO Hatim Ab Manan
Ameng bersama isteri dan ahli keluarga sebelum berbuka. FOTO Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi


Alor Gajah: Seramai 20 ahli keluarga dan kariah Masjid Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, hadir ke doa selamat dan berbuka puasa menyambut kepulangan penyanyi, Ameng, petang tadi.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, tiba di rumah mentuanya kira-kira 6.50 petang bersama isteri Sabariah Zakaria, 46, dan anak lelakinya Wan Ammar Haikal, 9, selepas dibebaskan dari Penjara Kluang.

Menurut Ameng, tiga hari sebelum dibebaskan dia tidak dapat tidur lena kerana memikirkan pelbagai perkara selain perasaan teruja bertemu isteri, anak dan ahli keluarga.

"Saya bersyukur kerana masih lagi dipertemukan dengan keluarga tersayang dan semuanya dalam keadaan baik selain diri sendiri dikurniakan kesihatan yang baik.

“Keluarga menjadi keutamaan dan akan pulang ke Terengganu pada minggu hadapan untuk bertemu keluarga di sana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 10:50 PM