KEADAAN di kawasan kemalangan. Gambar DJ Dolasoh
KEADAAN di kawasan kemalangan. Gambar DJ Dolasoh
D J Dolasoh


Gerik: Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan dua kereta yang bertembung di Kilometer 3, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mangsa dikenali Mhd Yusuf Che Mamin, 73, dan Zaleha Che Hussin, 55, maut akibat kecederaan serius.

Mangsa maut menaiki kereta Proton Saga FLX dari arah Jeli ke Gerik yang bertembung dengan kereta Proton Saga Aeroback.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Asisten Superintendan Muhd Zamzuri Mat Nawavi berkata, kedua-dua manga berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 6:06 PM