MAT Zainal Nordin, 66, dilihat sugul selepas kehilangan anaknya, Noor Asmah, 38, dan menantu, Kamizan Kasimon, 42, dalam nahas di KM 51.3 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, tengah hari semalam. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
MAT Zainal Nordin, 66, dilihat sugul selepas kehilangan anaknya, Noor Asmah, 38, dan menantu, Kamizan Kasimon, 42, dalam nahas di KM 51.3 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, tengah hari semalam. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Gerik: Angka korban nahas di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, hingga mengorbankan nyawa pasangan suami isteri, tengah hari semalam, meningkat apabila pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang dilanggar kereta dinaiki pasangan itu disahkan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pemandu Toyota Innova yang juga lelaki berumur 54 tahun disahkan meninggal dunia jam 11.20 malam tadi, di Hospital Taiping, menjadikan angka kematian nahas itu kepada tiga mangsa.

Difahamkan, mangsa ketiga ialah Aminuddin Othman, 54, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1), Tanah Merah, Kelantan.

Terdahulu, Zulkifli berkata, nahas berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa itu berlaku susulan Proton Persona dinaiki pasangan suami isteri bersama dua anak mereka itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika dari arah Gerik menghala Jeli.

"Tiba di lokasi, pemandu Proton Persona dipercayai hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Innova," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 3:01 PM