FOTO hiasan
FOTO hiasan
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang remaja lelaki warga Myanmar maut selepas leher serta dadanya ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami pendarahan serius akibat ditikam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penduduk yang melihat kejadian terbabit berjaya menahan tiga suspek iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 31 hingga 33 tahun.

"Mereka menyerahkan suspek kepada polis dan setakat ini kita masih siasat punca kejadian.

"Semua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 2:55 PM