DEMONSTRASI trak Caterpillar 745C pada majlis pelancaran trak CAT 745C dan 349D2 L di Persiaran Metafasa, Taman Bukit Subang.
DEMONSTRASI trak Caterpillar 745C pada majlis pelancaran trak CAT 745C dan 349D2 L di Persiaran Metafasa, Taman Bukit Subang.
myMetro

Shah Alam: Sime Darby Industrial Sdn Bhd menjangkakan segmen trak dan alat ganti akan berkembang sehingga 15 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang menerusi perniagaan trak ‘Caterpillar’ di bawah traktor Malaysia.

Pengarah Urusannya Chong Kwea Seng berkata, kira-kira lima hingga 10 peratus pertumbuhan pada setiap tahun dicatatkan menerusi segmen itu ketika ini.

“Kita yakin pertumbuhan semakin meningkat sepanjang tempoh itu dengan pelbagai projek infrastruktur mega dan perbandaran yang sedang dirancang selain industri perlombongan serta kuari.

“Terdapat galakan dan peluang dalam industri perlombongan serta kuari termasuk projek infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya Pan Borneo dan projek pembangunan utama ‘Sime Darby Properties iaitu ‘Elmina Township’,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 7:13 AM