TANDUKAN Schaer (kanan) menerjah masuk ke gawang Albania untuk gol  tunggal Switzerland.
TANDUKAN Schaer (kanan) menerjah masuk ke gawang Albania untuk gol tunggal Switzerland.
Reuters

Lens, Perancis: Jaringan awal menerusi tandukan pemain pertahanan Fabian Schaer sudah cukup untuk memberikan Switzerland kemenangan 1-0 ke atas Albania yang membuat penampilan pertama tetapi kehilangan kapten akibat dibuang padang sebelum babak pertama berakhir pada pertembungan Kumpulan A Euro 2016 semalam.

Switzerland yang mahu memenuhi hasrat layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama menjaringkan gol pada minit ke-5 dan kemudian mendapat kelebihan apabila kapten Albania Lorik Cana menerima kad kuning kedua.

Skuad La Nati mendahului apabila penjaga gol lawan Etrit Berisha meluru keluar untuk mengeluarkan bola sepakan sudut namun Schaer lebih pantas menanduk ke gawang.

Ketiadaan Cana yang diarahkan meninggalkan padang kerana dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-36 kerana menahan bola menggunakan tangan dilihat tidak banyak memberi banyak keselesaan kepada Switzerland yang turut mengharapkan ketangkasan penjaga gol Yann Sommer untuk menyelamatkan percubaan penyerang Albania Armando Sadiku.

Switzerland memiliki beberapa peluang selepas rehat yang berjaya dinafikan Berisha khususnya pada minit ke-66 apabila Haris Seferoic gagal memanfaatkan situasi satu lawan satu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:11 AM