PEMAIN Juventus meraikan kejayaan mara final selepas benam Lazio.
PEMAIN Juventus meraikan kejayaan mara final selepas benam Lazio.

Rome: Juara bertahan Juventus akan berdepan Inter Milan untuk merebut tiket ke final Piala Itali selepas menewaskan Lazio 1-0 pada perlawanan suku akhir awal pagi semalam dengan teknologi garisan gol digunakan untuk menentukan gol kemenangan.

Selepas menang 10 perlawanan berturut-turut dalam Serie A, Juventus meraih gol tunggal pada minit ke-66 di Stadio Olimpico.

Pemain Switzerland Stephan Lichtsteiner, bekas bintang Lazio berada di tempat dan masa yang tepat untuk menolak bola masuk melepasi garisan selepas rembatan kencang Simone Zaza terkena palang.

Penjaga gol Lazio dari Albania Etrit Berisha menganggap sudah menolak keluar jaringan jarak dekat Lichtsteiner namun teknologi garisan gol menunjukkan bola sudah melepasi garisan.

“Ia akan menjadi separuh akhir yang istimewa, anda perlu menentang kelab terbesar untuk mara ke final namun ketika ini kami fokus terhadap perlawanan menentang Roma hujung minggu ini,” kata jurulatih Juve Massimiliano Allegri.

Kelmarin Inter menewaskan Napoli 2-0 dalam perlawanan yang dibayangi pertelagahan di antara dua jurulatih bermusuhan Roberto Mancini dan Maurizio Sarri. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 5:51 AM