HAMILTON (kiri) menunjukkan tanda bagus sambil diperhatikan Presiden  Vladimir Putin selepas muncul juara Grand Prix  Russia.
HAMILTON (kiri) menunjukkan tanda bagus sambil diperhatikan Presiden Vladimir Putin selepas muncul juara Grand Prix Russia.

Sochi, Russia: Lewis Hamilton berjaya muncul juara pada perlumbaan sulung Grand Prix Russia semalam, seterusnya membantu Mercedes mencatat kejuaraan kategori pengeluar buat kali pertama.

Ia kemenangan 1-2 kali kesembilan buat Mercedes musim ini apabila Nico Rosberg menduduki tempat kedua walaupun terpaksa melakukan hentian pit awal pada perlumbaan itu.

Rosberg kini ketinggalan 17 mata di belakang rakan sepasukannya itu bagi kedudukan pemandu keseluruhan ketika perlumbaan berbaki tiga musim ini.

Kemenangan semalam adalah kali keempat berturut-turut buat Hamilton dan kesembilan musim ini.

Walaupun bermula di petak utama, pemandu Britain itu gagal mendahului perlumbaan apabila dipintas Rosberg ketika di selekoh pertama.

Bagaimanapun, di selekoh kedua pelumba Jerman itu terpaksa menekan brek dengan kuat hingga memaksanya menukar set tayar yang baru.

Penggunaan tayar itu bertahan sehingga tamat perlumbaan tatkala dia cuba bangkit semula untuk menduduki tempat kedua.

Valtteri Bottas yang memandu jentera Williams muncul di tangga ketiga melintasi garisan penamat.
- AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:04 AM