HAMILTON mahu pastikan kejuaraan ketiga berturut-turut di GP Russia.
HAMILTON mahu pastikan kejuaraan ketiga berturut-turut di GP Russia.
Reuters

Sochi, Russia: Juara dunia Formula Satu Lewis Hamilton (gambar) menduduki carta teratas senarai pelumba terpantas pada sesi latihan Grand Prix Russia selepas rakan sepasukan di Mercedes Nico Rosberg mendahului pada sesi pagi sambil Ferrari sekali lagi berdepan masalah.

Rosberg yang memburu kemenangan ketujuh berturut-turut dan yang keempat musim ini, mencatat masa terpantas sesi pagi di Olimpik Park yang pernah menjadi venue Olimpik musim sejuk 2014.

Pendahulu kategori pelumba itu menduduki tangga ketiga sesi petang sambil Hamilton mencatat masa terpantas satu minit 37.583 saat dengan tayar lembut berbanding 1:38.450 yang dicatat Rosberg.

Pelumba Ferrari Sebastian Vettel terpaksa menamatkan sesi lebih awal, tetapi masih berupaya melakar masa kedua terpantas.

“Saya rasa kami kelihatan hebat di sini, tetapi kami masih perlu bekerja keras jika kami mahu terus berada di depan Ferrari,” kata Hamilton. “Mereka mungkin menjadi pencabar sekali lagi hujung minggu ini.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 8:24 AM