KETUA Pegawai Eksekutif Digi Albern Murty (dua dari kiri) dan Praveen (dua dari kanan) pada majlis memperkenalkan Digi Incub8, semalam.
KETUA Pegawai Eksekutif Digi Albern Murty (dua dari kiri) dan Praveen (dua dari kanan) pada majlis memperkenalkan Digi Incub8, semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan Digi Incub8, program inkubator pertama sebagai sokongan dan komitmen membangunkan ekosistem syarikat pemula tempatan di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Digitalnya, Praveen Rajan berkata, sebagai permulaan Digi Incub8 memberi fokus kepada pengukuhan idea dan mencari perniagaan dalam kalangan syarikat pemula golongan muda dengan menyediakan kemudahan asas untuk keusahawanan.

Beliau berkata, bahagian Malaysia Timur mempunyai banyak potensi dan peluang dalam industri keusahawan dan ia dilihat langkah tepat untuk bermula di sana.

“Ketika ini, pertumbuhan syarikat pemula di Semenanjung menunjukkan peningkatan memberangsangkan, jadi tiba masa untuk seimbangkan perkembangan ini melalui Digi Incub8.

“Setiap usahawan yang ingin memulakan perniagaan sebagai syarikat pemula memerlukan bantuan dan program disediakan Digi membantu mereka berkembang dari perniagaan kecil menjadi besar,” katanya pada majlis pengenalan Digi Incub8, di sini, semalam.

Digi Incub8 adalah tambahan terkini kepada inisiatif portfolio Digi dalam pembabitan syarikat pemula bersama Digi Accelerate dan Digi Challenge for Change yang direka untuk pembangunan keusahawan dan syarikat pemula tempatan.

Ia inisiatif membolehkan Malaysia bersedia menyertai ekonomi digital global, seterusnya membentuk hab inovasi digital negara.

Praveen berkata, idea pelaksanaan program itu mewujudkan ekosistem syarikat pemula bagi menghasilkan usahawan berkemampuan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 7:06 AM