JUARA hoki MSSDJB bergambar kenangan.
JUARA hoki MSSDJB bergambar kenangan.

Johor Bahru: Maktab Sultan Abu Bakar dipaksa berkerja keras sebelum menjuarai kategori lelaki Bawah 18 Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru (MSSDJB) 2016, baru-baru ini.

Penyandang juara itu menewaskan SMK Joseph di perlawanan akhir menerusi penentuan penalti 2-0.

Dalam kategori Perempuan Bawah 18, SIGS hampir meranapkan impian STF A untuk muncul juara namun terpaksa menelan kekalahan tipis 1-2 juga menerusi penentuan penalti.

Bagi Lelaki Bawah 12, kejutan besar berlaku apabila kuasa hoki baru, SK Morni Pok muncul juara apabila menewaskan SK Sri Melati 1-0. SK Mohd Khir Johari pula ketiga.

Bagi Perempuan Bawah 12, SK Taman Cempaka merampas semula kejuaraan selepas menewaskan SK Morni Pok 1-0 menerusi penentuan penalti selepas seri tanpa jaringan masa sebenar perlawanan. Tempat ketiga milik Mohd Khir Johari.

Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian bagi edisi kali ini, sekali gus mencatat pertambahan penyertaan berbanding sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 9:49 AM