Nur Saliawati Salberi


Melaka: Pemandu van keselamatan terselamat selepas kenderaan dipandunya itu terbabas lalu melanggar bilik mesyuarat Pengkalan Rama Tengah di Jalan Durian Daun, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, van berkenaan dipandu lelaki berusia 28 tahun yang juga pekerja syarikat keselamatan terbabit.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Jalan Mata Kucing menghala ke Jalan Bendahara sebelum pemandu van itu tiba-tiba pitam lalu terbabas dan melanggar bahagian hadapan bilik mesyuarat berkenaan.

"Mujur ketika kejadian bilik mesyuarat berkenaan tidak berpenghuni dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

"Semasa kejadian van berkenaantidak membawa wang dan pemandu van itu sudah membuat laporan polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 9:38 PM
PENGERUSI JKKK Pengkalan Rama Tengah, Rosdin Baba melihat keadaan pagar dan bahagian hadapan bilik mesyuarat yang rosak selepas dirempuh sebuah van keselamatan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
PENGERUSI JKKK Pengkalan Rama Tengah, Rosdin Baba melihat keadaan pagar dan bahagian hadapan bilik mesyuarat yang rosak selepas dirempuh sebuah van keselamatan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan