Shamsul Munir Safini


Butterworth: Dua beradik lelaki maut direnjat elektrik di kilang kitar semula di Jalan Bagan Lalang, Butterworth, 9.15 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Koi Kok Leng, 35, dan Koi Ang Leng, 37, dikatakan sedang memeriksa kawasan di situ yang didakwa terdapat kebocoran elektrik.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Faizwan Che Amat berkata, difahamkan sebelum kejadian seorang pekerja mengesan arus eletrik di kawasan berkenaan.

Katanya, majikan pekerja itu, Kok Leng, membuat pemeriksaan dengan menggunakan 'test pen' sebelum terkena renjatan dan terjatuh.

Pekerjanya yang melihat kejadian itu memaklumkannya kepada Ang Leng, yang direnjat selepas dia memegang adiknya, katanya.

"Kedua-dua mereka yang direnjat maut di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 12:04 AM
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Shamsul Munir Safini
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Shamsul Munir Safini