Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Wanita maut dengan kesan lebam pada muka dan badan dipercayai akibat penderaan fizikal oleh lelaki di rumah di Taman Gemilang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nurul Syahirah Ishak, 21, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jitra, petang tadi.

Difahamkan, mangsa dipercayai didera lelaki berusia 40-an dan pemeriksaan awal menemui kesan lebam lama pada mayat wanita berkenaan.

Sumber berkata, mangsa dikatakan tinggal di bilik di rumah berkenaan yang turut dijadikan inap desa bersama lelaki itu, isterinya dan anak lelaki berusia lima bulan.

Katanya, berikutan itu polis menahan lelaki terbabit untuk membantu siasatan, kira-kira 8 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian dan masih menunggu laporan lengkap.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 10:59 PM