Norizuan Shamsuddin


Gombak: Mayat wanita ditemui dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kakinya diikat di lereng bukit di Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Gombak Lama, di sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

Difahamkan mayat berkenaan ditemui oleh sekumpulan penunggang basikal yang melalui kawasan berkenaan sebelum dimaklumkan kepada polis.

Menurut sumber polis, mayat terbabit berada kira-kira 15 meter di bawah lereng bukit dari jalan raya.

Katanya, mayat berkenaan lengkap memakai seluar pendek warna biru dan berbaju merah.

“Mayat wanita berusia lingkungan 40-an dipercayai dibuang di kawasan ini kira-kira empat hingga lima hari lalu selepas dibunuh di lokasi lain.

“Tangan dan kaki mayat diikat dengan pita pelekat dan terdapat kesan luka di leher kanan serta kecederaan di kepala," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 4:41 PM
MAYAT wanita dipercayai dibuang empat hingga lima hari selepas dibunuh di lokasi lain. FOTO Norizuan Shamsuddin
MAYAT wanita dipercayai dibuang empat hingga lima hari selepas dibunuh di lokasi lain. FOTO Norizuan Shamsuddin