FOTO Arkib NSTP/Aswadi Alias
FOTO Arkib NSTP/Aswadi Alias
Meor Riduwan Meor Ahmad


Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM274.8 juta menerusi Program Bantuan Rumah (PBR), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) bagi tujuan membina rumah baharu dan membaik pulih rumah pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, pihaknya mengunjurkan pembinaan3,055 unit rumah baharu dan 8,168 unit rumah dibaik pulih melalui peruntukan itu.

"Kita menyasarkan bantuan ini disalurkan kepada golongan miskin tegar dan miskin di luar bandar.

"Bantuan ini dibiayai dalam bentuk geran kepada kumpulan sasar dan semua penerima tidak perlu membayar balik pembiayaan diberi," katanyadalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah kementerian bagi membantu daripada segi pemilikan dan pembaikan rumahbagi penduduk luar bandar khususnya golongan berpendapatan rendah untuk memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 3:16 PM