KEBARUNG mengembalikan gaya tradisi.
KEBARUNG mengembalikan gaya tradisi.
GAUN ringkas sesuai untuk remaja.
GAUN ringkas sesuai untuk remaja.
KOLEKSI Rozita Che Wan dengan perincian renda untuk mereka yang inginkan gaya glamor.
KOLEKSI Rozita Che Wan dengan perincian renda untuk mereka yang inginkan gaya glamor.
KOLEKSI daripada kartunis Ujang, kemeja-T untuk lelaki dan wanita.
KOLEKSI daripada kartunis Ujang, kemeja-T untuk lelaki dan wanita.
KURUNG Kedah untuk mereka yang inginkan gaya ringkas namun kekal menawan.
KURUNG Kedah untuk mereka yang inginkan gaya ringkas namun kekal menawan.
GAUN labuh dengan perincian mewah pada bahagian hadapan.
GAUN labuh dengan perincian mewah pada bahagian hadapan.
Siti Zarinah Sahib


Menyedari ingin memastikan semua golongan mampu memiliki busana raya pada harga mampu milik, Tesco Malaysia mengorak langkah menyediakan koleksi Aidilfitri pada harga berpatutan namun masih mengekalkan kualiti serta gaya elegan si pemakai.

Mencari kelainan dengan menampilkan himpunan daripada tiga ikon tempatan, pelakon Rozita Che Wan, pelakon dan pengarah Erma Fatima serta kartunis Ujang, ia semestinya mencipta keunikan terutama untuk pelanggan Tesco serta peminat ketiga-tiga ikon ini.

Koleksi pakaian Erma Fatima menampilkan pakaian tradisional yang dipakai dalam drama bersiri Mak Cun. Antaranya baju kurung Kedah, kurung Pahang, kebaya dan kebarung yang disediakan dalam pelbagai pilihan warna.

Busana Rozita Che Wan pula inspirasi daripada gaya glamor ketika digayakan di karpet merah. Hadir dengan 10 rekaan memikat pada rona terang sudah pasti ia seiring kedatangan Aidilfitri nanti. Koleksi baju-T Ujang pula disediakan dalam enam rekaan kasual eksklusif untuk dewasa dan kanak-kanak.

Menurut Pengarah Perniagaan Dalam Talian Tesco Malaysia, Janice Chan, harga keempat-empat koleksi ini berpatutan.

“Tesco sentiasa berusaha memberikan harga terbaik untuk pengguna. Sebagai contoh, koleksi Rozita Che Wan dijual pada harga RM299 sesuai dengan keadaan inflasi ketika ini. Bagi Ujang, ini kali pertama kami bekerjasama dengan kartunis tempatan. Harganya sangat berpatutan.

“Bagi koleksi kanak-kanak, ia berharga RM25.90 dan dewasa RM35.90. Mak Cun (Erma Fatima) pula berdasarkan reka baju dan kualiti kainnya, harganya juga menarik dari RM159 hingga RM189.90,” kata Janice.

Seperti tahun sebelum ini, Tesco juga ada memperkenalkan beberapa koleksi Sejati daripada Tesco. Terdapat juga pakaian sedondon seisi keluarga yang boleh digayakan sempena acara koleksi Glam Raya eksklusif di Tesco.

Janice berkata, selain harga mampu milik, Tesco Malaysia turut memberi fokus kepada jenama tempatan. Ia penting bagi memastikan jenama tempatan kekal menjadi pilihan utama pengguna Malaysia.

Selain itu, keunikan koleksi raya Tesco tahun ini fleksibel dan boleh digayakan pelbagai kaum. Koleksi raya ini juga boleh dibeli melalui peruncit dalam talian Lazada pada harga yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 5:02 AM