Penduduk kampung melihat tulang babi di tebing Sungai Golok berhampiran Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, dua hari lalu - Foto Fail.
Penduduk kampung melihat tulang babi di tebing Sungai Golok berhampiran Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, dua hari lalu - Foto Fail.
BERNAMA

Pasir Mas: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan tulang ditemui penduduk di Sungai Golok di sini, baru-baru ini, milik dua babi kampung.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Khairi Ahmad berkata, tulang itu berkemungkinan terdampar di tebing Sungai Golok selepas penduduk negara jiran membuangnya ke dalam sungai dan hanyut sehingga ke Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.

Mohamad Khairi berkata, sebelum ini tulang babi itu tidak kelihatan namun ia jelas kelihatan selepas air sungai cetek.

Penduduk Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang yang mendakwa menemui sisa tulang babi di tebing Sungai Golok, menjadikan air sungai itu sebagai sumber utama untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan gangguan bekalan air.

Air sungai itu turut mengalir ke Kampung Bagus yang kini menjadi tempat perkelahan baru di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan kerana paras air sungai yang cetek.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 8:24 PM