Kunshan, China: Skuad Piala Thomas negara menumpaskan England 4-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan C di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.
Mata pertama Malaysia diperoleh jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang tidak berdepan masalah menundukkan Toby Penty 21-15, 21-1.
Gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang turun selepas itu turut tidak berdepan masalah menewaskan Marcus Ellis-Chris Langride dengan keputusan 21-12, 21-17.
Chong Wei Feng yang turun selaku perseorangan kedua mengesahkan kemenangan skuad negara apabila menewaskan Sam Parsons 21-10, 21-10.
Namun beregu berpengalaman negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dikejutkan dengan kekalahan 18-21, 21-18, 17-21 kepada pasangan Peter Briggs-Tom Wolfenden.
Goh Soon Huat yang turun selaku perseorangan ketiga menewaskan Alex Lane 21-15, 19-21, 21-13.