Iskandar Zulkarnain menepuk dahinya apabila gagal mengutip mata menentang Hans Vittinghus. Perseorangan kedua Malaysia itu tewas straight set. FOTO AFP
Iskandar Zulkarnain menepuk dahinya apabila gagal mengutip mata menentang Hans Vittinghus. Perseorangan kedua Malaysia itu tewas straight set. FOTO AFP
Saiful Affendy Sapran


Kunshan: Skuad Piala Thomas negara gagal mara ke pentas final selepas tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Malaysia memperoleh mata pertama menerusi Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan Viktor Axelsen 23-21, 21-18.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula mencatatkan kemenangan 21-18, 21-18 ke atas Mathias Boe-Mads Conrad Peterson.

Pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin bagaimanapun gagal meraih mata kemenangan selepas tewas 18-21, 18-21 kepada Hans Kristian Vittinghus.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula tewas kepada Kim Astrup-Andres Skaarup Rasmussen 21-10, 8-21, 13-21.

Perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng pula tewas 15-21, 18-21 kepada Emil Holst.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 12:15 AM