Perlawanan terakhir West Ham di Boleyn Ground menentang United berkesudahan dimenangi Hammers 3-2. FOTO AP
Perlawanan terakhir West Ham di Boleyn Ground menentang United berkesudahan dimenangi Hammers 3-2. FOTO AP
Pasukan polis mengawal bas membawa pemain Manchester United yang dibaling objek. FOTO AP
Pasukan polis mengawal bas membawa pemain Manchester United yang dibaling objek. FOTO AP
AFP

London: Pihak berkuasa bola sepak Inggeris (FA) memulakan penyiasatan terhadap insiden penyokong membaling bas pasukan Manchester United dengan tin minuman dan botol menyebabkan dua mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku di Boleyn Ground, awal pagi tadi menyebabkan perlawanan terakhir West Ham menentang pasukan pelawat terbabit tertangguh selama 45 minit.

Pemain Manchester United terpaksa melarikan diri selepas bas ditahan berdekatan luar stadium yang turut dicemari ejekan dan balingan objek menyebabkan polis terpaksa melepaskan bom asap untuk mengawal keadaan.

Insiden mengembalikan masalah hooligan bola sepak England pada 1980-an dan membayangi perlawanan terakhir Hammers selepas 112 tahun beraksi di Boleyn Ground yang turut dikenali Upton Park.

FA dan polis akan membuat penyiasatan berhubung insiden itu dalam perlawanan dimenangi oleh West Ham 3-2.

Malah, penjaga gol United David de Gea juga dibaling botol selepas pasukannya menjaringkan gol pertama.

"FA kesal dengan insiden tidak diingini itu - membabitkan bas pasukan Manchester United di luar stadium West Ham United, Boleyn Ground termasuk objek dibaling dari tempat duduk penyokong ketika perlawanan berlangsung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 6:07 PM