Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua sarjan polis berhubung kes rasuah, 11.55 malam tadi.

Anggota polis, masing-masing berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan selepas menerima suapan RM200 daripada seorang lelaki.

Lelaki terbabit pada awalnya ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Berikutan aduan mangsa, SPRM kemudian membuat tangkapan terhadap kedua-dua anggota itu dan kemudiannya direman enam hari, bermula hari ini.

Mereka direman mengikut mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusoff, mengesahkan penahanan dua anggota polis itu yang kini ditahan di lokap Ibu Pejabat SPRM Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 4:10 PM