ALLAHYARHAM Noriah Kasnon. FOTO fail NSTP
ALLAHYARHAM Noriah Kasnon. FOTO fail NSTP
Garret Dawum


Kuching: Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Abidin Supardi, 57, mengesahkan mayat pertama nahas helikopter yang dijumpai adalah Datuk Noriah Kasnon.

Katanya, mayat dikenal pasti menerusi pakaian dan barang kemas yang dipakai Noriah.

"Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melihat mayat itu dan memang betul Datuk Noriah.

"Saya bersimpati dengan apa yang berlaku walaupun anak-anaknya masih belum melihat jenazah ibu mereka," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Semalam, helikopter jenis AS350/RPC 6828, yang membawa lima penumpang termasuk Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dilaporkan terhempas di Sungai Batang Lupar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 6:25 PM