PENDUDUK Kampung Tanjung, Mohd Razlan Jaafar, 52, menunjukkan bangkai kapal dagang milik British, semalam. FOTO Luqman Hakim Zubir
PENDUDUK Kampung Tanjung, Mohd Razlan Jaafar, 52, menunjukkan bangkai kapal dagang milik British, semalam. FOTO Luqman Hakim Zubir
Syah Rul Aswari Abdullah

srul@hmetro

Kuantan: Kakitangan Jabatan Warisan Negara dijangka melawat lokasi penemuan bangkai kapal dagang milik British di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung, Paloh Hinai, Pekan, petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, ia bagi menyiasat laporan penemuan bangkai kapal itu.

Beliau berkata, kakitangan jabatan perlu menemubual ketua kampung dan penduduk yang dikatakan menemui bangkai kapal berkenaan.

"Sehubungan itu, kita meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga diberitahu kelak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan penemuan bangkai kapal berkenaan susulan paras air sungai Pahang yang menjadi semakin cetel akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Berita berkaitan

Kapal lama British 'timbul'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 12:35 PM