PENDUDUK Kampung Tanjung, Mohd Razlan Jaafar, 52, menunjukkan bangkai kapal dagang milik British dan dipercayai karam pada 1811 ditemui selepas Sungai Pahang menjadi semakin cetek akibat fenomena el nino yang melanda negara ketika ini. FOTO Luqman Hakim Zubir

Syah Rul Aswari Abdullah

Pekan: Sebahagian bangkai kapal dagang milik British dipercayai karam pada 1811, kelihatan di permukaan Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung, Paloh Hinai di sini, sejak sebulan lalu.

Ia selepas paras air di sungai berkenaan semakin cetek susulan cuaca panas berterusan akinat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman, 60, berkata, rangka kapal berkenaan dipercayai karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis.

"Sebelum ini, memang penduduk akan lihat sedikit bahagian kapal itu setiap kali air surut akibat musim kemarau.

"Tetapi, tahun ini lagi banyak bahagian kapal itu dapat dilihat apabila air semakin cetek," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 1:19 PM