ABD Rahim menunjukkan bangkai ikan sangkar yang mati akibat kesan fenomena El Nino di Kampung Teluk Ira.
ABD Rahim menunjukkan bangkai ikan sangkar yang mati akibat kesan fenomena El Nino di Kampung Teluk Ira.
Syah Rul Aswari Abdullah

Temerloh: Dari jauh sudah terhidu bau busuk menusuk hidung di tebing Sungai Pahang berhampiran Kampung Teluk Ira, di sini.

Ia daripada timbunan bangkai ikan dalam sangkar di sungai itu yang mati akibat fenomena El Nino melanda negara ketika ini.

Kebanyakan ikan dalam sangkar itu mati selepas paras air di kawasan berkenaan surut dan suhu air sungai meningkat.

Malah, pemandangan bangkai ikan dan serpihan tulang bertaburan di atas beting pasir selepas paras sungai menjadi cetek bukan lagi luar biasa bagi penduduk sejak dua bulan lalu.

Di Kampung Telok Ira dan Kampung Bangau Parit, di sini, 22 pengusaha ternakan ikan sangkar buntu selepas kerugian RM362,000 sejak cuaca panas berterusan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 8:02 AM