FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Ayusliza Azizan


Shah Alam: Lelaki berusia 41 tahun ditemui mati tergantung di dahan pokok oleh orang awam di Taman Permainan Seksyen 25, di sini, 7 pagi tadi.

Mayat berkenaan adalah warga tempatan berdasarkan lesen memandu mangsa yang ditemui pada dompet di poket belakang seluarnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, lelaki berkenaan beralamat di Cheras.

"Polis masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan ketika ditemui muka mayat berkenaan ditutupi dengan kain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 4:16 PM