MAYAT lelaki tempatan ditemui di bahu jalan. FOTO ihsan polis
MAYAT lelaki tempatan ditemui di bahu jalan. FOTO ihsan polis
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Shah Alam: Mayat lelaki tempatan berusia 30-an ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di bahu jalan berhampiran Bulatan Alam Impian menuju ke Kampung Sungai Kandis, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, seorang lelaki yang melalui jalan berkenaan ternampak mayat terbabit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika ditemui lelaki berkenaan sudah tidak sedarkan diri dan dipercayai meninggal dunia di lokasi.

"Orang ramai yang menemuinya menghubungi polis dan kami bergegas ke lokasi. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 4:15 PM