Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman ketika mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darul Iman, hari ini. - Foto ASWADI ALIAS
Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman ketika mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darul Iman, hari ini. - Foto ASWADI ALIAS
BERNAMA

Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman enggan mengulas mengenai kedudukannya setakat ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu berkata, segala hal berkaitan kedudukannya sebagai menteri besar diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tunggu Yang Amat Berhormat PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri (putuskan)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Isnin lalu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuatkuasa Jumaat (22 April).

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat menafikan Ahmad Razif membatalkan semua acara rasminya.

Menurutnya, Ahmad Razif akan terus menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa.

"Diharap dengan penjelasan ini memberi maklumat tepat terhadap pelbagai spekulasi yang tersebar sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ahmad Razif membatalkan semua program rasmi yang sepatutnya dihadiri beliau sehingga Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 7:24 PM