DELE Alli (kanan) diasak pertahanan West Brom Claudio Yacob.
DELE Alli (kanan) diasak pertahanan West Brom Claudio Yacob.
AFP

London: Harry Kane berharap Manchester United mampu membantu menyelamatkan cabaran Liga Perdana Inggeris yang semakin pudar selepas pasukannya sekadar seri 1-1 dengan West Brom sekali gus menyaksikan Leicester City semakin hampir bergelar juara.

Tottenham berharap dapat kembali merapatkan diri dengan Leicester menerusi kemenangan di White Hart Lane dan misi itu dilihat bakal berjaya selepas jaringan sendiri Craig Dawson pada babak pertama.

Namun skuad kendalian Mauricio Pochettino itu kehilangan rentak pada babak kedua dan terus dihukum apabila pertahanan Albion Dawson menebus kesilapannya itu dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-73.

Kelab utara London itu kini ketinggalan tujuh mata di belakang Leicester sambil berbaki tiga perlawanan sekali gus bermakna skuad kendalian Claudio Ranieri itu akan bergelar juara buat kali pertama jika menang ke atas Manchester United, Ahad ini.

Kane tegas menyatakan Tottenham yang akan bertandang ke Chelsea sehari kemudian, tidak akan sesekali menyerah kalah tetapi sedar mereka perlukan bantuan jika mahu terus kekal sebagai pencabar dan menyebabkan penyerang England itu berharap United mampu membantu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 6:32 AM