Ranieri meraikan kejayaan bersama pemain rajin Leicester, Shinji Okazaki. FOTO REUTERS
Ranieri meraikan kejayaan bersama pemain rajin Leicester, Shinji Okazaki. FOTO REUTERS

London: Leicester City akan menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) jika menewaskan Manchester United di Old Trafford, Ahad ini.

Tottenham, pasukan berpeluang memintas kejuaraan, hilang cengkaman selepas seri 1-1 menentang West Brom di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Jika Foxes gagal menewaskan United, skuad Claudio Ranieri hanya perlu tiga mata daripada baki dua perlawanan musim ini untuk menutup tirai dengan mengesahkan kedudukan teratas.

Spurs tercicir tujuh mata, juga memiliki tiga perlawanan.

Bos Spurs, Mauricio Pochettino berkata: "Kami masih dan perlu yakin kepada diri sendiri. Kami tidak akan menyerah kalah."

Skuad Leicester memulakan kempen EPL tanpa diletakkan sebarang harapan dengan nisbah 5,000-1 untuk memenanginya dan hampir tersingkir musim lalu.

Leicester kini mengumpul 76 mata akan menentang Everton di tempat sendiri pada 7 Mei dan bertandang ke Stamford Bridge pada 15 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 4:12 PM