PENGARAH SPR, Datuk Mohd Hashim Abdullah (kiri) bersama Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah menjawab soalan di sidang media SPR selepas penamaan calon di Ibu Pejabat SPR Negeri di Bangunan Sultan Iskandar. FOTO Che Rani Che Din

Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuching: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum 228 calon akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) namun dua daripada menang tanpa bertanding.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, sepanjang tempoh penamaan calon, pihaknya menerima 230 borang namun dua daripada pencalonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRN-11 dan keputusan dijangka akan diumumkan jam 11 malam, 7 Mei ini.

"SPR juga turut tubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di 82 DUN untuk memastikan perjalanan PRN-11 ini berjalan lancar selaras Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Pemimpin dari parti yang bertanding, calon serta penyokong diingatkan untuk berkempen dalam keadaan tenang dan tidak melanggar undang-undang yang dikeluarkan SPR dan Polis," katanya dalam sidang media di Pejabat SPR, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 3:01 PM