ANGGOTA bomba dan polis di lokasi kejadian.
ANGGOTA bomba dan polis di lokasi kejadian.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Fauzi

Bagan Serai: Seorang penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza maut selepas kenderaan dinaikinya bersama dua yang lain dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan selepas mengelak seekor monyet di Kilometer 194.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini awal pagi, semalam.

Kejadian berlaku jam 5.45 pagi ketika kenderaan dinaiki dua lelaki dan seorang wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang bercuti ke Kedah sempena cuti hari pekerja.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Khairil Abu, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah selepas penghadang jalan yang dirempuh tembus ke dalam kenderaan itu mengenai badan dan kepala mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 8:54 AM