Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Datuk Dr Abdul Jalil Nordin(dua dari kanan) mendengar penerangan daripada seorang penyelidik berkaitan produk inovasi yang diciptanya. FOTO Saifulizan Tamadi
Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Datuk Dr Abdul Jalil Nordin(dua dari kanan) mendengar penerangan daripada seorang penyelidik berkaitan produk inovasi yang diciptanya. FOTO Saifulizan Tamadi
Syazwan Msar


Serdang: Universiti Putra Malaysia(UPM) sudah menghasilkan 1,800 harta intelek sejak 15 tahun lalu merangkumi inovasi teknologi dalam bidang pertanian, perubatan dan kejuruteraan.

Pengarah Pusat Inovasi dan Komersil Putra Science Park Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Samsilah Roslan berkata, inovasi yang dihasilkan UPM itu mendapat permintaan tinggi dengan nilai keseluruhan yang diperoleh hasil jualan produk berkenaan kira-kira RM52 juta.

Beliau berkata, pihaknya komited menghasilkan teknolagi dan inovasi baru sejajar dengan kehendak pasaran semasa.

"Teknologi yang dihasilkan penyelidik UPM bertaraf antarabangsa sekali gus sentiasa mempunyai permintaan dan pembelinya malah pasaran inovasi yang dicipta kami juga memenuhi kriteria ditetapkan.

"Purata kami menghasilkan kira-kira 100 produk atau inovasi teknologi setahun dan kemungkinan meningkat apabila melihat sambutan menggalakkan daripada semua pihak," katanya, pada Majlis Hari Terbuka Inovasi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia(UPM), di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 1:02 PM